Sabtu, 20 Oktober 2012
Sukan Red Warriors tunjuk taring
Indra muncul wira dengan gol kemenangan masa tambahan di Shah AlamShah Alam: Ledakan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-95 masa tambahan memastikan kejuaraan trebel buat Kelantan musim ini selepas menewaskan Tentera 3-2 pada aksi final Piala Malaysia penuh dramatik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Ia menggamatkan lebih 70,000 penyokong setia The Red Warriors yang membentuk 'Gelombang Merah' untuk meraikan musim paling cemerlang Kelantan yang turut menjuarai Liga Super dan Piala FA.
Kelantan mendahului 1-0 pada minit ke-43 selepas percubaan leret Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kanan gagal diselamatkan penjaga gol Tentera, Farizal Harun meskipun ia kelihatan tidak begitu berbahaya.
Dua minit selepas babak kedua bersambung, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak terpaksa melakukan pertukaran awal memasukkan Rizal Fahmi Rosid menggantikan S Subramaniam yang cedera.
Norshahrul mudah perdaya pertahanan Tentera
Ia seolah-olah membuka ruang buat Tentera untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-48 menerusi rembatan kencang Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti yang terbias pertahanan Kelantan seterusnya mengelirukan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Namun hanya seminit diperlukan Kelantan untuk kembali mendahului 2-1 sekali lagi menerusi kelincahan Norshahrul Idlan yang mudah memperdayakan pertahanan Tentera untuk menewaskan Farizal buat kali kedua.
Bagi memberi nafas baru dalam usaha memburu gol penyamaan, jurulatih Tentera, B Sathianathan melakukan dua pertukaran serentak pada minit ke-60, memasukkan Venice Elphi Danny Kaya dan Fitri Omar menggantikan Christie Jayaselan dan Azmi Muslim.
Hasilnya seminit kemudian, Tentera berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila Marlon mudah menanduk masuk bola sepakan percuma Rezal Zambery dari sebelah kanan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan