Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 7 Oktober 2012

Sophie wanita RoboCop

Tiada ulasan :

SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan 
kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.

SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
LONDON: Sophie Morgan boleh dianggap seorang RoboCop apabila separuh daripada tubuhnya berfungsi dengan bantuan peralatan canggih bernilai �90,000 (RM443,747).
Bagi sesiapa yang melihat Sophie, pasti akan berasa kagum.

Dari pinggang ke bawah, setiap tubuhnya disokong alat bermotor diperbuat daripada gentian karbon. Sophie, 27, mengawal pergerakan mesin itu menggunakan alat pada tangannya bagi membolehkan kakinya berjalan. Pada tiga langkah terawal, Sophie kelihatan menahan sakit tetapi dia tersenyum lebar beberapa detik kemudian. Hanya lima minit sebelum itu, dia hanya mampu duduk di kerusi roda apabila pergerakannya jadi sangat terbatas akibat lumpuh dari paras dada ke bawah.
Sophie ditimpa bencana sembilan tahun lalu apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan insiden itu merosakkan tulang belakangnya.

Selepas beberapa tahun, dia menerima kenyataan tidak akan berjalan lagi seperti sebelum ini. Namun, media semalam melaporkan, Sophie adalah antara manusia pertama mendapat faedah daripada alat dikenali sebagai Rex itu.

Rex adalah kemajuan perubatan besar pertama dicapai untuk membantu orang lumpuh sejak beberapa dekad lalu. Ia membantu pesakit termasuk yang lumpuh dari paras leher ke bawah - untuk kembali berjalan.
Dalam perkataan lain, Rex akan menamatkan penggantungan pesakit lumpuh kepada kerusi roda. Sophie - kini bertugas sebagai penyampai televisyen - mencuba Rex kali pertama pada Mei lalu.

Katanya, ia adalah pengalaman yang sukar diceritakan.
“Dengan ketinggian 1.5 meter, lantai kelihatan begitu jauh apabila memakai Rex.

“Saya berasa selamat tetapi emosi bercampur-baur dan selepas beberapa minit saya tidak percaya boleh berjalan,” katanya. Pengalaman itu menyebabkan dia terus mahu mencuba Rex secara berterusan. Teman lelaki Sophie, Tom, 28, berkata sejak berkenalan lima tahun lalu, Rex membolehkan dia melihat kekasihnya berdiri untuk kali pertama. Ketika ini ada hanya 10 unit Rex dicipta dan 30 orang pernah mencubanya. - DM

sumber - Metro

Tiada ulasan :

Catat Ulasan