Ahad, 5 Januari 2014
Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui
Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui
NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing
di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui
selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23
jam.
Mayat, Mohd Halif Akim Halim berusia 1 tahun 10 bulan ditemui
pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi kira-kira 400 meter
dari hulu sungai manakala bapanya, Halim Ibrahim, 52 ditemui penduduk
kampung kira-kira jam 5.40 petang berhampiran tebing dekat lokasi
kejadian.
Dalam kejadian jam 6 petang dua hari lepas, Halim bersama isteri, dan dua
anaknya, Nor Amira Halim berusia lima tahun dan Mohd Halif Akim keluar
untuk bersiar-siar dan mengail ikan di kawasan sungai berkenaan. Tambah pendapatan !
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan