Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 3 Januari 2014

Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki

Tiada ulasan :
Pada entri kali ini saya berbesar hati untuk berkongsi cerita tentang Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki .Saya rasa topik tentang Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki amat menarik dan bermanfaat untuk di kongsikan bersama.
Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki.

Perangai Perempuan yang lelaki suka dan sejuk je rasa bila bersama:

 1. Keanak-anakkan
 Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.

 2. Penuh Pengertian
 Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
 memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

 3. Menghargai
 Lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.



 4. Menjaga Penampilan
 Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman.

 5. Pandai berbicara
 Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita. (bersifat terbuka)

 6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
 Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.

 7. Menghormati Diri Sendiri
 Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

 8. Simpati dan prihatin
 Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.



Selesai sudah perkongsian saya tentang Sifat Wanita Yang Menjadi Idaman Lelaki dan walaupun ianya tak seberapa saya harap dapat memberi sedikit sebanyak info kepada pembaca . Sekian terima kasih.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan