Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 22 Disember 2012

4 beranak rentung kereta bertembung bas ekspres di Kemaman

Tiada ulasan :

ANGGOTA Bomba memeriksa bas yang hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi. - Foto Rosli Ilham


KEMAMAN: Empat beranak rentung apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kemasik, awal pagi tadi.

Nahas berlaku jam 1.30 pagi itu, di depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Sabirin Sulaiman, 45, isterinya, Halina Saif@Saib,40, dan dua anaknya, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Mereka berasal dari Kampung Batu 5, Dungun.


Al-fatihah 

Rabu, 19 Disember 2012

Media Iran Memalsukan Foto Ronaldo

Tiada ulasan :


Tipu muslihat Syiah Iran kini memasuki lapangan sepak bola, foto Christian Ronaldo direkayasa untuk menggambarkan bahwa bintang Real Madrid itu mendukung Islam.

Sebagaimana dilansir Al Arabiya (25/9/2012), foto Ronaldo yang sedang memegang pigura dengan gambar kaligrafi kalimat syahadat, menyebar lewat situs jejaring sosial Facebook dan Twitter. Foto itu dipajang guna menunjukkan bahwa pesepakbola penganut Kristen asal Portugal itu mendukung Islam dan mengecam film anti Islam “Innocence of Muslims”.

Namun kemudian diketahui bahwa foto tersebut direkayasa dari foto asli, yang menggambarkan Ronaldo dengan seragam kesebelasan Portugal memegang pigura berisi foto yang menggambarkan aksinya di lapangan.

“Beritanya disebarkan di kalangan media Iran,” kata Saman Kamvar, pemimpin redaksi koran Kristen Iran Mohabat News kepada Al Arabiya.

Menurut laporan Mohabat News yang dikutip Christian Telegraph, media yang didanai pemerintah Young Journalist Club belum lama ini mengutip laporan koran Libanon Al Diyar yang berbunyi, “Sementara banyak orang di seluruh dunia memprotes penayangan film Amerika yang menghina nabi Islam, para pengguna media sosial mengatakan pesepakbola Portugal, Christian Ronaldo, juga memprotes film tersebut. Para pengguna Facebook berbagi foto Christian Ronaldo, pemain Real Madrid FC, yang menunjukkan dia sedang memegang pigura dengan tulisan Arab yang berbunyi, 'Tiada Tuhan selain Allah'.”

Laporan itu kemudian berlanjut, “Dengan melakukan ini, bintang Portugal itu, yang merupakan seorang penganut Katolik, ingin menunjukkan keberatannya atas penyebaran film yang menghina Muhammad, nabi Islam.”

Christian Telegraph menyebut bahwa laporan tersebut kemudian dihapus.

Al Arabiya mengatakan, gambar foto yang direkayasa tiu awalnya beredar di forum-forum situs berita online berbahasa Arab akhir Juni lalu, seiring dengan kabar yang merebak di Facebook bahwa Christian Ronaldo telah memeluk Islam.

Dan sepertinya foto itu sengaja dimunculkan kembali, menyusul kehebohan yang ditimbulkan oleh film anti Islam yang dibuat oleh orang-orang Kristen di Amerika Serikat.*

Sumber . Hidayatullah.com

Selasa, 18 Disember 2012

25 perkara yang lelaki suka tentang perempuan

Tiada ulasan :
1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka. Tapi wanita wajib menutup aurat, sbb itulah harga yg tak ternilai.. ibarat emas.. emas, mesti disorokkan dan disimpan rapi supaya tiada tangan2 kasar yg rakus mengganas pada emas itu... bentuk tubuh menarik pada seorg suami paling banyak pahala ibarat pahala jihad.. 

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.

4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran ‘manja’ yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yang melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanak-anakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.

12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.

21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragak-agak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

Ahad, 9 Disember 2012

10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2012 [Gambar]

Tiada ulasan :



1. Burj Khalifa di Dubai India dengan ketinggian 828 meter. Mempunyai 163 tingkat dan siap dibina pada tahun 2010


2. Menara Abraj Al Bait di Makkah Saudi Arabia dengan ketinggian  601 meter. Mempunyai 95 tingkat dan siap dibina pada tahun 2011


3. Taipei 101 di Taipei Taiwan dengan ketinggian 509 meter. Memiliki 101 tingkat dan siap dibina pada tahun 2004


4. Shanghai World Financial Center di Shanghai China dengan ketinggian 492 meter. Memiliki 101 tingkat dan siap dibina pada tahun 2008



5. International
Commerce Centre
di Hong Kong China dengan ketinggian 484 meter.
Memiliki 108
tingkat dan siap dibina
pada tahun 2010
6. Menara Berkembar
Petronas
di Kuala Lumpur Malaysia dengan ketinggian 452 m eter.
Memiliki 88 tingkat dan siap dibina pada tahun 1998
 

7. Nanjing Greenland Financial Center
di Nanjing China dengan ketinggian 450 meter. Memiliki 89 

tingkat dan siap dibina pada tahun 2010
8. Willis Tower di
Chicago USA dengan ketinggian 442 meter. Memiliki 108 tingkat dan siap
dibina pada tahun 1974
 

9. Kingkey 100 di Shenzhen China
dengan ketinggian 442 meter. Memiliki 98 tingkat dan siap dibina pada 
tahun 2011
 
 
10. Guangzhou West Tower di Guangzhou China dengan ketinggian 438
meter. Memiliki 103 tingkat dan siap dibina pada tahun 2010

Selasa, 4 Disember 2012

Jurujual dirompak, dirogol di Kemaman

Tiada ulasan :

KEMAMAN, 2 Dis (Bernama) -- Seorang jurujual berumur 18 tahun mengharungi pengalaman pahit setelah dirompak dan dirogol oleh seorang lelaki di Chukai, di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, mangsa telah didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang terus mengacu dan mengugut semasa dia berada di bilik asrama pekerja yang disediakan majikan.
Mangsa yang ketakutan telah diikat kaki, tangannya pada katil serta mulut sebelum dirogol.
Lelaki yang dianggarkan berusia sekitar 30-an itu kemudian melarikan sebuah komputer riba milik mangsa dengan membiarkan mangsa dalam keadaan terikat.
Kejadian itu hanya disedari rakan mangsa kira-kira dua jam kemudian dan mangsa terus membuat laporan polis dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut.


BERITA BERKAITAN:
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumahnya selepas mendapatkan rawatan.
"Tiada kecederaan lain dilaporkan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek yang dipercayai berketurunan India," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Ahad, 2 Disember 2012

Kesan Letak Laptop Atas Riba (Tahukah Anda?)

Tiada ulasan :

bahana komputer riba Kesan Letak Laptop Atas Riba (Tahukah Anda?)
CHICAGO – Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.
Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.
Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.
Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari..
Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.
Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.
Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.
Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.
paha melecur Kesan Letak Laptop Atas Riba (Tahukah Anda?)
Kesan Untuk Lelaki

Walaupun makin banyak teknologi yang di cipta bagi mengganti laptop seperti iPad dan lambakkan berbagai jenis smartphone, penggunaan laptop tetap menjadi pilihan sebahagian besar penghuni dunia.
Penggunaannya yang sangat ‘mobile’ merupakan faktor yang mendorong ramai memilikinya bagi menggantikan ‘desktop’.
Malangnya laptop ini sebenarnya mendatangkan sedikit masalah kepada kaum lelaki. Menurut sumber yang diperolehi di jurnal Fertility and Sterility, Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin:
  1. Satu kajian telah dibuat ke atas 29 pengguna laptop yang menggunakannya dengan meletakkan laptop tersebut di atas riba (dalam keadaan duduk) mendapati skrotum mereka telah memanas dengan cepat. Dalam 10-15 minit yang pertama, suhu pada skrotum mereka telah meningkat naik, dan yang malangnya pengguna tersebut tidak dapat merasakannya. Perkara ini amat merunsingkan.Apakah itu skrotum?
    Skrotum adalah organ atau bahagian lelaki yang terletak di belakang zakar. Skrotum ini adalah sarung bekas yang mengandungi testiskel, salur darah dan saraf sperma.
  2. Walaupun tiada bukti kukuh yang mengesahkan laptop ini akan menggugat kesuburan lelaki, tetapi dalam kajian awal telah menunjukkan bahawa pemanasan skrotum walaupun melebihi 1 darjah Celsius sudah cukup untuk merosakkan kualiti sperma.
  3. Dalam ujian yang dijalankan, sekiranya kita meletakkan laptop ini di atas peha, pastinya lutut perlu dirapatkan dan selepas penggunaan selama sejam, suhu skrotum didapati telah meningkat naik kepada 2.5 darjah Celsius. Penggunaan ‘pad’ ataupun bantal di bawah laptop bagi tujuan penyejukan juga tidak membantu untuk menurunkan suhu panas ini.
  4. Oleh itu, bagi semua pengguna laptop lelaki adalah dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan laptop di atas riba dan gunakanlah meja. Sekurang-kurangnya kita bertindak mencegah risiko masalah kesuburanpada diri kita dan makanlah makanan yang sihat serta bersenamlah selalu.

Sabtu, 1 Disember 2012

2 Cara Hebat Nak Pikat Gadis

Tiada ulasan :

1st: Ambil sebiji BUAH PINANG, kemudian baling kepada orang yang disukai sekuat hati Kalau dia sebut ” ADUH “bermakna dia dah mula bagi respon!!!

2nd: Untuk lebih mujarab, gunakan BUAH DURIAN, anda harus baling tepat kat belakang dia,dan bila dia sebut ” Aaaaaa……. ” anda lari sekuat hati….Kalau dia kejar anda,maknanya dia dah mula sayang kat anda!!!

SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!