Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Kembar siam terus cekal

Tiada ulasan :
Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah. 
 
Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah.
Ibu terkenang detik lahirkan anak 5 tahun lalu

Padang Besar: "Hari itu adalah hari ke-10 umat Islam berpuasa dan ketika itu saya berada di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bertarung nyawa melahirkan sepasang bayi kembar siam.”

“Kini sudah lima tahun berlalu, bayi kembar saya yang dilahirkan dalam keadaan bersambung di bahagian abdomen sebelum berjaya dipisahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Februari 2008, kini aktif meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain,” kata Sopiah Daud, 35. 

 
Sopiah, berkata walaupun tidak sempurna seperti rakan sebaya, Nur Badrishah dan Nur Bahiyah Norhisham, 5, terus cekal walaupun terpaksa menggunakan plastik saluran najis di perut seumur hidup kerana tidak mampu membuang air besar seperti kanak-kanak normal.

Berat 14 dan 12 kilogram


Nur Badrishah yang mesra dipanggil Shasha dan Nur Bahiyah yang dipanggil Yaya, sedikit kurus dengan masing-masing hanya mempunyai berat badan sekitar 14 dan 12 kilogram.


Berbanding Shasha, pergerakan Yaya kelihatan sedikit sukar kerana kedudukan tulang belakangnya yang senget menyebabkan postur tubuhnya kelihatan tidak seimbang, malah doktor sebelum ini meramalkan peluang untuknya berjalan adalah 50 peratus.


“Tidak ada yang mengembirakan hati seorang ibu melihat anak-anak membesar sihat begitu juga perasaan saya apabila melihat mereka berdua berpimpin tangan ke sekolah. Seperti tidak percaya kerana doktor meramalkan peluang Yaya untuk berjalan tipis kerana keadaan tulang belakang dan tapak kakinya yang bengkok dan lembik ketika dilahirkan, ”katanya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan