Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 2 Oktober 2012

Naza, Lend Lease maju KL Metropolis RM4b

Tiada ulasan :

Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.
Lend Lease, kumpulan hartanah antarabangsa yang berpangkalan di Australia, menyertai Kumpulan Naza untuk membangunkan projek hartanah bercampur bernilai RM4 bilion di KL Metropolis, sebuah projek mega di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Projek yang akan dimajukan di tapak seluas 4.376 hektar itu akan membabitkan pembangunan pusat peruncitan serantau, rangkaian pejabat, hotel dan kediaman. 
Bagi menjayakannya, Lend Lease yang juga sebuah kumpulan infrastruktur bersepadu sepenuhnya semalam memeterai Perjanjian Induk (HOA) dengan unit hartanah Kumpulan Naza, iaitu Naza TTDI Sdn Bhd. 

Pada majlis itu, Naza TTDI diwakili Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, manakala Lend Lease diwakili Ketua Eksekutif untuk Asia, Rod Leaver.

Mengulas mengenainya, SM Faliq menggambarkan usaha sama dengan kumpulan hartanah dari Australia itu sebagai satu petanda baik bagi mencapai aspirasi dan wawasan menjadikan KL Metropolis sebuah wilayah perdagangan dan pameran antarabangsa menerusi kombinasi hab aktiviti peruncitan, komersial dan kediaman.

Beliau berkata, ia bakal menjadi pelengkap kepada pembinaan Pusat Pameran Matrade yang dijangkakan siap sepenuhnya pada 2015.

Kerjasama itu, katanya bakal mengetengahkan pembabitan sumber, pengalaman serta kepakaran masing-masing dengan hasil pertamanya dijangka dapat dilihat menjelang akhir tahun ini. 
Sementara itu, Leaver berkata, dengan 30 tahun pengalaman beroperasi di Malaysia, Lend Lease yakin dapat membantu Kumpulan Naza menjayakan pembangunan mercu tanda pencakar langit baru di Kuala Lumpur itu, selain mewujudkan tanda aras baru dalam penciptaan masyarakat, seterusnya meninggalkan legasi positif bagi generasi akan datang.

KL Metropolis ialah projek Naza TTDI yang akan dimajukan di kawasan seluas 30.2 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM15 bilion.

Pembangunannya adalah bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) serta pelancongan perniagaan. Ia secara umumnya disasarkan menjadi destinasi terkemuka dan pilihan untuk MICE di rantau ini.

Pelan induk KL Metropolis disediakan Skidmore, Owings and Merril, syarikat seni bina terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab membangunkan binaan hebat dunia seperti Sears Tower di Chicago dan Burj Al-Khalifa di Dubai.

Projek itu akan dimajukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan GDV RM6 bilion akan dimajukan mulai tahun ini sehingga 2015 terdiri daripada pusat pameran MATRADE, dua menara kediaman, dua hotel, dua menara pejabat dan sebuah pusat runcit serantau.

Fasa kedua dengan GDV RM4 bilion akan dibina antara 2015 dan 2019 membabitkan pembinaan lima blok kediaman, tiga menara pejabat, hotel butik, pusat penjagaan kesihatan khusus dan menara mercu tanda.


sumber

Tiada ulasan :

Catat Ulasan