Khamis, 29 November 2012
Kisah Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang
amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari.
Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan
epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut.
Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak
tersebut. Masa berlalu... budak lelaki itu sudah
besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar
pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia
datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang
sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar
bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk
membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada
yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah
epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk
mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua
epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu.
Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin
dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja
untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah
sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau
boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau
buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu
memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua
dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya.
Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui
pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki
yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia
telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok
epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki
yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah
dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau
menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau.
Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk
dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang
pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ
dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas
tu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang
semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu.
Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di
sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak
diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku
untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul
dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu
dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada
bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu
kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak
mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,"
jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok
epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu
pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis
kegembiraan.
CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA
REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI
DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.
BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN
MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN
BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA
PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN
BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU
BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI
FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.
HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan