Sabtu, 25 Februari 2017
Adakah Pelaburan Luar Negara Melanggar Undang-undang ?
KUALA LUMPUR 16 NOV. – Pelaburan yang dibuat di luar negara tidak menyalahi undang-undang tempatan dan antarabangsa sebaliknya merupakan pendekatan strategik untuk membolehkan perniagaan mendapat keuntungan berlipat kali ganda.
Ketua Pegawai Eksekutif Aberdeen Islamic Asset Management Sdn. Bhd., Gerald Ambrose berkata, mengikut sudut kewangan dan ekonomi, pelaburan yang dilakukan di kawasan strategik, termasuk di pesisir luar mampu memberi pulangan sehingga lima kali ganda.
Katanya, selain Kepulauan Cayman terdapat dua lagi kawasan pesisir luar yang menjadi pilihan pelabur dari seluruh dunia iaitu di Macau dan Kepulauan Virgin.
“Tiga kawasan ini menjadi pilihan para pelabur kerana instrumen yang digunakan tiada batasan iaitu kadar korporat, cukai individu dan cukai jualan masing-masing pada tahap 0 peratus.
“Bukan pelabur Malaysia sahaja yang melabur di sana, misalnya di Kepulauan Cayman terdapat 533 bank dari seluruh dunia dan antara sebab ia menjadi pilihan adalah kerana kos operasi yang rendah,” katanya yang dipetik dari laporan Buletin Utama TV3, baru-baru ini.
Tambah beliau, pelaburan yang dijalankan di kawasan tersebut adalah pelbagai iaitu pertukaran wang asing, komoditi dan sebagainya.
Katanya, tiga kawasan tersebut juga dikenali sebagai pusat perniagaan dan pelaburan kewangan antarabangsa sejak 1990.
Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembunyikan maklumat penting berhubung pelaburan RM7.6 bilion oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kepulauan Cayman.
Sementara itu, mengenai dakwaan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa 1MDB memindahkan dana syarikat ke akaun sulit di Pulau Cayman, Gerald berkata, sebenarnya maklumat mengenai pemindahan wang ke pusat kewangan pesisir pantai itu bukan rahsia kerana ia terkandung dalam Laporan Tahunan 1MDB.
Dalam laporan Buletin Utama TV3 malam ini pula, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, pelaburan di Pulau Cayman sememangnya boleh membawa pulangan yang tinggi kepada pelabur.
Kata beliau, syarikat yang bertapak di kepulauan seperti itu mempunyai akses tanpa had kepada pelbagai sumber pelaburan berbanding di negara sendiri.
Background
Mr. Gerald Ambrose is the Head of Malaysian Operations and Portfolio Manager at Aberdeen Asset Management Asia Limited. He also serves as Managing Director and Chief Executive Officer at Aberdeen Asset Management Sdn Bhd. Mr. Ambrose serves as the Head of Malaysian Operations running the Kuala Lumpur office. He joined Aberdeen in 2005 after the Malaysian government selected Aberdeen to be the first wholly-owned fund manager in the country under the Special Scheme inaugurated the same year. Previously, Mr. Ambrose worked for Kim Eng Securities as an Institutional Sales Director. Prior to that, he worked at HSBC James Capel as a Malaysian specialist. Mr. Ambrose also worked for CIMB Securities and BNP Paribas on the institutional sales desk at Mohaiyani Securities. He graduated with a M.A. (Hons) in Land Economy from Pembroke College, Cambridge University.
Hubungi Kami --> http://pelaburanemaszenithgold.blogspot.my/p/contact.html
Langgan:
Catatan
(
Atom
)