Sabtu, 22 Oktober 2016
Gen Y telah habiskan 33 jam sehari untuk TV, Internet
Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media.
Ia seperti menonton TV, melayari Internet, mendengar radio dan membaca majalah. Macam mana boleh jadi 32.6 jam? Tidakkah kita hanya mempunyai 24 jam dalam satu hari?
Teknologi membolehkan kita untuk membuat pelbagai tugasan pada satu masa yang sama. Ketika kita sedang bercakap di telefon, kita juga sedang menonton televisyen, memeriksa akaun Facebook atau mendengar muzik pada masa yang sama.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa daripada 32.6 jam tersebut, 26.8 jam telah digunakan untuk melakukan aktiviti berbentuk sedentari atau aktiviti secara bersendirian, tanpa adanya interaksi dengan keluarga dan rakan-rakan.
Kanak-kanak pula telah menghabiskan kira-kira 5.3 jam di sekolah, 3.3 jam di Internet, 2.5 jam untuk menonton televisyen, 1.3 jam dengan telefon dan 6.8 jam untuk tidur. Tidak ada banyak masa yang tersisa untuk aktiviti bersama ahli keluarga.
Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada orang dewasa. Secara purata rakyat Malaysia melayari Internet selama lebih kurang 20 jam setiap minggu.
Lebih daripada separuh, iaitu 53 peratus pengguna digital di Malaysia melayari Internet setiap hari, manakala 35 peratus melayari Internet beberapa kali dalam seminggu. Selain itu, sebanyak 10.6 jam seminggu telah digunakan untuk menonton televisyen.
Telefon pintar dan komputer berbentuk tablet semakin diminati di Malaysia.
Dalam satu kajian terhadap isi rumah pengguna digital, pemilikan telefon pintar dijangkakan menghampiri dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan akan datang, iaitu mencapai 89 peratus (meningkat daripada 48 peratus pada masa ini), kepada semua pengguna digital yang berumur 15 tahun dan ke atas.
Manakala pengguna tablet pula meningkat sebanyak 75 peratus (18 peratus pada masa ini). Ini bermakna rakyat Malaysia akan menghabiskan lebih banyak masa mereka dengan Internet.
Permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna terhadap media dan peranti berkemampuan Internet juga telah meningkatkan peluang untuk menggunakan media secara serentak.
Lebih daripada dua pertiga (71 peratus) daripada responden mengatakan bahawa mereka menonton TV dan melayari Internet pada masa yang sama.
Manakala, komputer tetap merupakan platform utama untuk kegunaan yang serentak, 11 peratus pengguna digital mengatakan mereka menonton TV dan mengakses Internet dengan telefon bimbit mereka dalam satu masa.
Dengan jumlah masa yang banyak digunakan untuk media berskrin, maka ia juga menyebabkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan semakin berkurang.
Kita sendiri boleh perhatikan tentang golongan muda yang khusyuk dengan telefon pintar mereka, walaupun ketika waktu makan malam bersama-sama keluarga mereka. Keadaan semakin buruk sekiranya mereka menggunakan Internet di dalam bilik tidur, yang menyebabkan perhubungan sesama keluarga semakin renggang.
Satu kajian antarabangsa pula mendapati rakyat Malaysia paling ramai mempunyai rakan Facebook, iaitu purata 233 orang dalam setiap akaun. Rakyat Malaysia juga telah menghabiskan masa selama 9 jam seminggu di Facebook, yang merupakan antara yang tertinggi berbanding dengan negara-negara lain.
Pada masa ini terdapat lebih daripada 10 juta pengguna Facebook di Malaysia. Statistik turut menunjukkan bahawa kita mungkin mempunyai lebih banyak rakan 'digital' berbanding dengan rakan-rakan 'sebenar'.
Teknologi komunikasi telah menukar cara seseorang berhubung dengan rakan atau ahli keluarga mereka daripada bersemuka kepada penggunaan teks di skrin.
Masa yang banyak dihabiskan di skrin telah menyebabkan rakyat Malaysia semakin kurang melakukan aktiviti yang bersifat aktif. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, menunjukkan 43.7 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani hidup secara aktif.
Kajian yang sama menunjukkan 45.6 peratus orang dewasa di kawasan bandar kurang aktif berbanding dengan orang dewasa di kawasan luar bandar. Gaya hidup yang tidak aktif merupakan salah satu penyebab kepada penyakit obesiti.
Terdapat kira-kira 43 peratus orang dewasa, 20 peratus remaja dan 26 peratus pelajar sekolah rendah didapati mengalami berat badan yang berlebihan atau obes. Justeru, marilah sama-sama kita menutup peralatan berskrin dan mulai melakukan aktiviti sukan dan rekreasi yang boleh mengeluarkan peluh, berbanding dengan menghabiskan masa selama 5.6 jam seminggu bermain permainan dalam talian.
Jumaat, 21 Oktober 2016
Punca Mereka Memilih Perniagaan Pemasaran Rangkaian (Network Marketing).
1. Jumlah pelaburan yang rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Ingat – Anda boleh menganggap caj ini sebagai Lesen yang perlu ada untuk memulakan perniagaan anda!
2. Kos stok/khidmat awal yang rendah, tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Ada juga syarikat yang tidak menawarkan stok untuk dijual. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan nilai stok produk anda.
3. Risiko yang minimum - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi risiko yang besar untuk anda memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan jenis perniagaan lain seperti kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal yang lebih tinggi. Hatta kos untuk membuka gerai pondok menjual burger sekalipun kadang-kadang lebih tinggi dan lebih berisiko dari perniagaan Pemasaran Rangkaian ini .
4. Berkongsi perniagaan dengan mereka yang arif - Apabila anda menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah rakan niaga yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda. Pilihan syarikat rakan niaga untuk memulakan perniagaan adalah hak anda!
5. Sebagai pekerjaan sampingan – Apakah yang lebih baik daripada memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda?
6. Masa yang fleksibel – Perniagaan ini dapat dijalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri.
7. Bekerja secara Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa. Pelajari cara untuk melakukannya dan gunakannya dengan efektif.
8. Tidak memerlukan pengalaman atau taraf pendidikan yang khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah dan tanpa pendidikan formal dalam pengurusan perniagaan juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian. Terdapat juga ramai professional yang telah memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
9. Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat spesifik. Anda boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe.
10. Tidak memerlukan pekerja tambahan – Anda tidak perlu risau untuk membayar upah pekerja atau berhadapan dengan masalah yang sering ditimbulkan oleh pekerja. Pekerja tidak mempunyai impian sama seperti anda!
11. Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap suku tahun. Anda tidak perlu risau tentang aliran tunai (‘Cash Flow’) perniagaan anda. Kebebasan masa untuk menikmati pendapatan perniagaan ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga berpuluh tahun untuk mengecap kejayaan. Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
12. Berpotensi memperolehi pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had juga dikenali sebagai pedapatan residual yang mana anda usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi bagi jangka panjang. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.
13. Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda dan ini boleh dijadikan sebagai tabung persaraan anda.
14. Pembangunan diri yang komprehensif - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan lazimnya menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi.
15. Hubungan persahabatan yang berkekalan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama. Ingat – Perniagaan Pemasaran Rangkaian adalah berdasarkan perniagaan membinahubungan!
16. Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila masa sahaja -Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu memohon cuti daripada majikan.
17. Perniagaan yang boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini kepada anak-anak anda.
Jika anda inginkan sebuah perniagaan, Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk membawa anda kepada kejayaan. Cuma usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk mencapainya. Pilihan ditangan anda
Hubungi Kami --> http://pelaburanemaszenithgold.blogspot.my/p/contact.html
Ahad, 9 Oktober 2016
5 Asas Utama Kenapa Harga Emas Jatuh !!
Kejatuhan harga emas ini seringkali menjadi titik pertanyaan bagi sang pelabur-pelabur emas. Anda sebagai pelabur emas baru mestilah faham tentang bagaimana harga ditentukan.
Harga emas akan berubah 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, setiap hari. Ini juga mempengaruhi beberapa sebab dan kesan-kesannya, yakni kesan dari permintaan dan bekalan emas.
Harga emas sebenarnya ditetapkan oleh Penetapan Emas (Gold Fixing). Juga dikenali sebagai Penetapan Emas London, ia adalah satu mesyuarat lima anggota Pool Gold London dijalankan dua kali sehari melalui telefon, pada 10:30 GMT dan 15:00 GMT.
Penetapan Emas secara meluas diiktiraf sebagai penanda aras yang digunakan untuk emas harga dan produk emas di seluruh dunia. Kesan daripada negara Cyprus menjual emas boleh menjadi pemangkin besar dalam permainan ini. Mereka telah menjual berbilion-bilion dolar dalam emas. Ini baru sahaja menjadi berita baru-baru dari bank pusat di Cyprus, untuk menampung kerugian mereka. Kesannya mungkin telah menyebabkan emas jatuh sekarang. Inilah sebabnya anda wajib membaca berita!
Banyak lagi faktor yang akan kami rungkaikan dalam artikel kali ini. Ramai penganalisis dan amatur sedang mengeluarkan pelbagai teori mereka tentang apa yang menyebabkan kejatuhan harga ini.
Berikut adalah antara potensi bagi harga emas menurun:
Permintaan dan pembekalan.
Contoh ‘bekalan dan permintaan emas’ ini secara asasnya:
Penawaran > Permintaan = Harga Emas jatuh
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik
Penawaran < Permintaan = Harga Emas naik
Selain itu, harga emas adalah berlawanan dengan keadaan nilai matawang dolar Amerika. Apabila dolar meningkat, harga emas jatuh dan begitulah sebaliknya.
Berikut di bawah, kami akan dedahkan mengapa penawaran dan permintaan ini boleh menjadi faktor penurunan harga emas.
1. Kaitan dengan dolar
Pertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula.
Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan.
Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.
Pertama ialah keadaan ekonomi dunia yang berlaku sekarang ini. Sekarang para pelabur dagangan matawang asing sudah beralih arah daripada Euro kepada dolar Amerika, ingat, bila saja dolar Amerika laku dan meningkat, harga emas akan jatuh. Kedua ialah spekulasi dan monopoli, lihat sahaja berita yang menyatakan harga emas akan jatuh, pelabur-pelabur emas ini akan menjadi panik dan terus menjual kesemua koleksi emas mereka sebelum menunggu lagi lama untuk harganya meningkat semula.
Selepas itu, akan terjadilah saat di mana lambakan emas di pasaran dan seterusnya penawaran akan melebihi permintaan. Dari itu, harga emas akan jatuh. Acara-acara yang berlangsung di dunia juga faktor penawaran meningkat. Acara ialah seperti Sukan Olimpik, EURO dan FIFA. Apabila sesebuah negara itu menganjurkan sesebuah acara sukan, mereka perlu membuat pelbagai jenis perbelanjaan untuk menjayakannya. Negara tersebut akan memilih untuk menjual unit rizab emasnya untuk menampung perbelanjaan tersebut, maka terjadilah penawaran melebihi permintaan.
Terdapat banyak lagi potensi bagi harga emas menurun dan penawaran meningkat tetapi itu semua anda sendiri boleh fikirkan dengan ‘common sense’ atau logik akal.
2. Keadaan ekonomi global
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat.
Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak.
Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Oleh dengan itu, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.
Kira-kira 80 peratus daripada jumlah bekalan emas telah digunakan oleh industri barang kemas. Penggunaan barang kemas adalah pengaruh yang besar ke atas permintaan terhadap emas itu juga. Kerana keadaan ekonomi yang bertambah baik, keperluan untuk emas cenderung untuk meningkat.
Walau bagaimanapun, industri yang paling sensitif yang akan mempengaruhi secara mendalam adalah industri barang kemas. Kemelesetan telah mempengaruhi permintaan barang kemas pada tahun 1982-1983, kerana pada masa yang sama, harga emas juga meningkat. Dalam kemelesetan awal 90, tahap permintaan barang kemas telah jatuh juga, tetapi pada masa ini harga emas juga jatuh serentak.
Seperti dinyatakan di atas, keadaan ekonomi boleh membawa kepada inflasi yang tinggi. Oleh dengan itu, manfaat menggunakan emas sebagai alat perlindungan nilai terhadap inflasi telah dirasai oleh pelabur untuk masa yang lama. Dengan emas, pelabur mendapat perlindungan yang sempurna terhadap penurunan dalam kuasa beli.
3. Penjualan emas di Cyprus
Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas.
Pada 11 April yang lalu, telah dilaporkan bank pusat di negara Cyprus akhirnya menjual simpanan emasnya hanya semata-mata untuk mengurangkan hutang negara itu. Banyak sumber yang mengatakan ini adalah penyebab utama kejatuhan harga emas sekarang, mereka telah menjual sebanyak 13.9 tan rizab emas.
Tetapi pada Februari 2013 yang lalu, nilai rizab (simpanan) berjumlah hanya kira-kira 550 juta Euro. Ada juga sumber -sumber lain yang menyatakan kejadian di Cyprus adalah telah dirancang dan pasaran masa hadapan dimanipulasi. Penjelasan selain dari yang ini adalah penjualan emas yang dibuat oleh pelabur yang lain juga merupakan rantaian reaksi sesama para pelabur emas itu sendiri, pelabur yang sedang kerisauan, dan mula menjual emas-emas mereka.
Bukan sahaja di Cyprus, negara-negara yang lain juga seperti Amerika dan negara di sekitar Eropah telah mula menjual emas kerana mampu membaik pulih ramalan ekonomi di negara itu sendiri.
4. Pengumuman FED dan kejatuhan harga aset
Rizab Persekutuan AS umum pengurangan rangsangan secara beransur yang menandakan berakhirnya kitaran pengembangan kuantitatif.
5. Tindakan para pelabur emas
Segala aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh pelabur emas juga boleh mempengaruhi penurunan harga emas. Para pelabur jangka pendek yang giat aktif dan cepat panik bertindak menjual emas mereka selepas mengetahui Goldman Sachs menurunkan paras harga ramalan prestasi purata harga emas bagi tahun 2013 baru-baru ini.
Ada juga para pelabur yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai matawang semasa dari terus jatuh merudum.
Jadi sekianlah sudah pendedahan dari kami tentang soalan cepumas ini. Sebenarnya banyak lagi faktor-faktor yang berpotensi menjatuhkan harga emas ini, tetapi seperti yang kami katakan tadi, ‘logik akal’ memainkan peranan kuat dalam penentuan harga ini. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam perjalanan pelaburan emas anda.
Sumber artikel dari pelaburan emas zenith gold
Hubungi Kami --> http://pelaburanemaszenithgold.blogspot.my/p/contact.html
Langgan:
Catatan
(
Atom
)