Selasa, 29 April 2014
Abang Durjana Rogol Adik Sendiri .
Alor Gajah: Dua beradik layak digelar ‘abang durjana’ apabila dipercayai sanggup merogol adik kandungnya secara bergilir-gilir sejak 10 tahun lalu dan kejadian terbaru pada Ahad lalu.Tindakan terkutuk kedua-dua lelaki awal 20-an itu terbongkar selepas gadis 19 tahun berkenaan, nekad melarikan diri dari rumah mereka di sebuah taman perumahan di daerah ini.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa bertindak keluar dari rumah sebelum mendapatkan bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, jam 12 tengah malam pada hari sama.
Sumber berkata, mangsa yang tidak bekerja itu dipercayai dirogol kedua-dua abangnya secara bergilir ketika berusia sembilan tahun ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.
“Sepanjang tempoh itu mangsa tidak menceritakan tragedi hitam hidupnya kepada sesiapa kerana diugut akan dipukul jika perbuatan dua abangnya itu terbongkar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Menurutnya, dipercayai perbuatan jijik yang berterusan sejak pertengahan 2005 itu turut mengakibatkan mangsa beberapa kali mengandung dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.
“Tidak tahan melihat wajah dua abangnya itu dan mengelak daripada dijadikan hamba seks, mangsa bertindak keluar dari rumah setiap kali lelaki berkenaan berada di rumah terbabit,” katanya.
Sumber berkata, bimbang rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar, kedua-dua lelaki itu mengekori setiap pergerakan mangsa sama ada di dalam mahupun di luar rumah.
“Namun, pada tengah malam Ahad lalu, kedua-dua lelaki itu dipercayai masuk ke bilik adiknya sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan merogolnya secara bergilir beberapa kali.
“Tidak tahan dengan sikap buas dua abangnya dan trauma dengan kejadian berkenaan, mangsa bertindak nekad lari dari rumah kelmarin sebelum dibantu jiran membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan mengenai laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Didakwa Bersekedudukan Dengan Emma Maembong: Zizan Bingung
Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak melahirkan rasa hairan bagaimana boleh timbulnya dakwaan dia dikatakan bersekedudukan dengan pelakon cantik, Emma Maembong.
Bercakap kepada portal Gua.com.my, dia tidak tahu komen yang bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
Zizan berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu artikel gosip di portal murai.com. Dalam artikel tersebut menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita.
Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian dan percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)