Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 25 Januari 2013

Rozita Che Wan enggan komen isu kahwin

Tiada ulasan :



22 Jan – Aktres drama "Miss Octopus", Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta enggan memberi kenyataan lanjut selepas Zain Saidin menyatakan hasrat untuk mengahwininya tahun ini.
"Itu kenyataan daripada Zain, saya tak nak komen apa-apa kerana bimbang apa yang saya katakan nanti akan buat dia kecil hati. Saya jadi serba salah dan pada masa yang sama kasihankan Zain," jelas Che Ta seperti dipetik dari Harian Metro.
Sebelum ini, peneraju utama drama "Oh My English" ini memberitahu sedia menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini bersama Che Ta jika rezeki dan jodoh berpihak kepada mereka.
Walaubagaimanapun aktres kelahiran Alor Star, Kedah ini memberitahu, mengikut pemahamannya ia bukanlah dalam tempoh terdekat ini. 
"Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya sedang berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi.
"Sudah 10 tahun saya hidup solo dan terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada rumah tangga.
"Zain memang menunggu detik itu, tetapi saya pula 50 - 50, ada pun tak apa, tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang soal tentang nikah kahwin ini, saya hanya tersenyum sahaja," ujarnya.
Che Ta, 42, dan Zain, 29, dikatakan mula rapat selepas membintangi drama "Anissa" sebelum ini.
Terdahulu ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki ini pernah dikaitkan dengan juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir, aktor Beego dan beberapa orang ahli perniagaan.




▀█▀ ▒█▄░▒█ ▀█▀
▒█░ ▒█▒█▒█ ▒█░
▄█▄ ▒█░░▀█ ▄█▄

▒█▀▀▀█ ▒█▀▀▀ ▒█▀▄▀█ ▒█░▒█ ░█▀▀█
░▀▀▀▄▄ ▒█▀▀▀ ▒█▒█▒█ ▒█░▒█ ▒█▄▄█
▒█▄▄▄█ ▒█▄▄▄ ▒█░░▒█ ░▀▄▄▀ ▒█░▒█

▒█▀▀█ ▒█▀▀▀█ ▒█░░▒█ ▒█▀▀▀█
▒█▄▄█ ▒█░░▒█ ▒█▄▄▄█ ▒█░░▒█
▒█░░░ ▒█▄▄▄█ ░░▒█░░ ▒█▄▄▄█

Selasa, 22 Januari 2013

Pemurnian Sirah Nabi – Umur Ummul Mukiminin Khadijah r.a. Bernikah Dengan Nabi Bukan Pada 40

Tiada ulasan :

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur  40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.  Ia adalah suatu riwayat yang yang  tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah  percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua.  Dalam usia lanjut , beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a.  telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.
Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya  dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah  sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam.  (Seerat-un-Nabi , Jilid II, m/s 402).
Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal.  Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila  melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?
Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas  bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti  ini, mereka mengambil kesempatan untuk  mencemuh Islam.
Namun begitu, ulama kita sebaliknya  menganggap kejadian ini  sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi  mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w.  kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan  baginda s.a.w. sendiri muda belia.
Di pihak yang lain golongan Shiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.
Golongan Shiah mengatakan  bahawa umur Khadijah r.a.  ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.
Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Shiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.
Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.  Ada yang berkata umurnya 40 tahun . Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun , dan sesetengah pula mengatakan  27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Shiah  sependapat mengatakan umurnya  40 tahun, dan mereka menolak pendapat  lain. Dan mereka  riuh rendah menyebarkan pendapat  ‘40 tahun’  ini  seolah-olah pandangan  lain tidak pernah wujud. Ulama  kita dan ahli-ahli  sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Shiah inilah yang  ‘tepat’.
Hafiz Ibn Kathir menulis:
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Dengan  lain perkataan,  Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.
Di tempat lain  , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa  kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia  50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu  50 tahun)  adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
Ulama Hadis dan  ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w.  selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’  telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah  25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. )  adalah salah dan tidak benar sama sekali..
Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih  mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan  khabar angin semata-mata.
Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami,  kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.
Aamin! Ya Rabbal Aalamin

****

Pendapat Siti Khadijah berumur 40 adalah berasal daripada Sirah Ibnu Hisyam. Dan kita dan "ustad-ustad kita" mengambil pakai fakta itu tanpa menyemak, begitulah kita diajar sejak zaman persekolahan lagi.Namun, di peringkat sekolah kita tidak diberitahu "secara jujur" oleh buku atau sistem pendidikan tersebut bahawa terdapat pelbagai pendapat tentang umur Siti Khatijah r.a. Ada yang berpendapat bahawa beliau berusia 35, 27 dan 25 semasa mengahwini Nabi r.a.. Perkara ini tidak pernah diketengahkan untuk memberi kita pilihan untuk menilai semula fakta sejarah.

Pendapat yang paling sahih adalah dari Ibnu Katsir, seorang tokoh sejarah Islam yang besar, bahwa beliau Siti Khadtijah r.a. wafat pada usia 50. Dan memandangkan semua ahli sejarah, ahli hadith, ahli fekah  bersependapat beliau hidup bersama nabi selama 25 tahun.

 Jadi, 50 - 25 = 25, Beliau berusia 25 semasa mengahwini Nabi s.a.w,  bukannya 40 tahun seperti dakwaan Rosnah Mat Aris.

Kesimpulannya, ada hikmahnya Rosnah Mat Aris terlepas cakap, jika tidak, isu ini mungkin tidak timbul. Kedua, wanita yang dah berumur lepas ni jangan guna alasan Siti Khadtijah r.a. untuk bercinta dengan lelaki yang lebih muda, perkara itu tidak pernah berlaku.


Isnin, 21 Januari 2013

Zain Saidin: "Kami akan berkahwin tahun ini"

Tiada ulasan :

21 Jan – Selepas meluahkan perasaan cintanya terhadap aktres cantik Rozita Che Wan melalui akaun Instagram miliknya, Zain Saidin kini berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.
Dipetik dari sebuah laman sesawang hiburan tempatan, Zain ketika ditemui memberitahu sekiranya dimurahkan rezeki dan ada jodoh, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan mereka sekitar tahun ini.


"Che Ta (Rozita) tidak meletak sebarang tempoh kepada saya. Namun sudah tentu saya perlukan masa untuk membuat persiapan. Sebagai seorang lelaki, saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan perkahwinan. Sebab itu saya katakan, jika ada rezeki, kami bakal berkahwin pada tahun ini,
"Hubungan kami memang serius. Jika ada terdengar gossip mengenai Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar kerana kami bersama ketika ini," ujar Zain tegas. 
Zain turut mempertahankan tindakannya yang meluah kata-kata cinta kepada aktres berusia 41 tahun itu yang dianggap sebagai mencari publisiti murahan.
"Saya tak kisah apa yang orang hendak kata. Saya berbuat demikian kerana tidak mahu orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Jika tidak berterus-terang, orang akan tetap bercakap. Lebih baik saya akui. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang," jelasnya lagi. 
Ditanya jika hubungan mereka mendapat tentangan dua anak lelaki Che Ta daripada perkahwinan terdahulu, Zain menidakkan perkara tersebut.
"Hubungan saya dan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Kami baik sahaja, lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar untuk mendekati mereka kerana mereka peramah seperti ibu mereka."